Pengantin Bayar RM13,000 Upah Katering Tanggung Malu Lepas Tetamu Makan Lauk Basi

Persiapan perkahwinan ni selalunya dibuat berbulan-bulan lamanya kerana bakal pengantin mahukan yang terbaik untuk hari bersejarah mereka. Segalanya dirancang dengan teliti supaya majlis perkahwinan berjalan lancar dan menepati kehendak dan citarasa mereka.

Menurut Harian Metro, sepasang pengantin di Kompleks Jawatankuasa Penyelaras Pembangunan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Gadek, Alor Gajah, Melaka telah menanggung malu pada hari persandingan mereka gara-gara makanan yang dihidang kepada tetamu pada hari tersebut sudah basi.

Sumber: Harian Metro

Pasangan raja sehari dikenali sebagai Nur Syuhada Syuhadah dan suaminya Mohd Azrien menyatakan rasa kecewa mereka terhadap syarikat katering itu kerana bukan sahaja menyediakan makanan yang tidak elok malah tidak menyediakan hidangan istimewa pengantin.

Syuhada yang berusia 24 tahun mengatakan bahawa dia telah lama merancang hari bahagia tersebut namun hasilnya tidak seperti yang diharapkan. Wanita berkenaan yang bekerja sebagai pembantu akaun telah memaklumkan bahawa dia merancang perkahwinannya sejak awal Februari tahun lalu.

Gambar hiasan

Memilih sebuah syarikat katering setelah melihat iklan yang ditawarkan menerusi Facebook, Syuhada bertindak mengupah katering tersebut untuk menyediakan hidangan pada hari perkahwinannya. Syarikat katering yang berpengkalan di Rawang, Selangor itu menawarkan harga promosi RM15,700 termasuk  khidmat jurugambar, pelamin, makanan untuk 1000 tetamu, hidangan pengantin dan jurusolek.

“Saya tertarik dengan harga ditawarkan. Pembayaran dilakukan menerusi tiga transaksi bernilai RM13,000 dibuat sebelum majlis persandingan.”

Gambar hiasan

“Namun seminggu sebelum majlis, naluri saya mengatakan ada tidak kena berikutan wakil syarikat ketering itu menghubungi saya bagi memberitahu mereka tidak dapat sediakan jurugambar dan jurusolek.”

Ketika menerima berita tersebut, Syuhada sudah mengagak bahawa perkara buruk akan berlaku pada hari perkahwinannya. Wanita itu juga ada terlintas untuk membatalkan perkahwinan kerana terlalu risau.

Jahatnya macam tu, dah la batalkan perkhidmatan yang ditawarkan, makanan pulak basi.

Nota: Gambar atas kanan adalah sekadar hiasan.

 

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *