“Selagi saya hidup, jangan berani!” – Rizalman Warning Golongan Selebriti Yang Mahu Masuk Industri Fesyen

The post “Selagi saya hidup, jangan berani!” – Rizalman Warning Golongan Selebriti Yang Mahu Masuk Industri Fesyen appeared first on Lobak Merah. By continuing publishing our materials, you have knowingly infringed our intellectual property and copyrights by reproducing Lobak Merah contents without any prior written consent from the media owner. This case will be escalated into a legal action should the content remains on this site.

Dari hari ke hari, kita lihat semakin ramai artis Malaysia yang mula berjinak dalam perniagaan dan mengeluarkan jenama sendiri. Antara produk yang dikeluarkan adalah seperti tudung, pakaian, mekap dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, golongan selebriti yang masuk ke industri fesyen ini tidak mempunyai ilmu yang sebetulnya dalam bidang tersebut yang menimbulkan rasa kurang senang oleh seorang pereka fesyen tersohor di Malaysia.

Sumber: Instagram

Baru-baru ini, menurut Cari, Datuk Rizalman Ibrahim telah tampil memberi warning kepada golongan selebriti yang masuk ke industri fesyen. Ujar beliau, dia kurang setuju sekiranya mereka hanya tangkap muat ke bidang perniagaan pakaian dan fesyen hanya semata-mata kerana wang sahaja.

Tolonglah jangan! Selagi saya masih hidup dan ada dalam industri ini, jangan pernah berani.”

Menurut Gempak, Rizalman yang ditemui ketika pelancaran rancangan realiti pencarian bakat pelapis pereka fesyen, Gen F, memberitahu bahawa fesyen merupakan satu industri yang serius dan dipandang tinggi.

Sumber: Instagram

Katanya, fesyen boleh membina tamadun serta menyumbang kepada ekonomi negara. Selain itu, dapat mengubah watak individu serta jaminan dalam kehidupan manusia.

“Jangan perkosa industri fesyen sebab fesyenlah yang boleh membina tamadun, mengubah ekonomi negara, mengubah watak seseorang individu dan memberikan pelbagai jaminan dalam aspek kehidupan manusia.”

Rizalman juga menyatakan tujuan rancangan Gen F diadakan adalah untuk menunjukkan betapa sukar untuk menjadi seorang pereka fesyen kerana terdapat pelbagai kriteria yang perlu dipenuhi.

Ada betulnya juga apa kata Rizalman…

Baca: “Berfesyen pun, aurat tetap aurat” – Neelofa Ditegur Jangan Ambil Mudah Soal Pemakaian

The post “Selagi saya hidup, jangan berani!” – Rizalman Warning Golongan Selebriti Yang Mahu Masuk Industri Fesyen appeared first on Lobak Merah. By continuing publishing our materials, you have knowingly infringed our intellectual property and copyrights by reproducing Lobak Merah contents without any prior written consent from the media owner. This case will be escalated into a legal action should the content remains on this site.

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *