Sambut Ulangtahun Perkahwinan Dengan Berita Penceraian, Intan Liana Throwback Gambar Kahwin Dengan Ude

The post Sambut Ulangtahun Perkahwinan Dengan Berita Penceraian, Intan Liana Throwback Gambar Kahwin Dengan Ude appeared first on Lobak Merah. By continuing publishing our materials, you have knowingly infringed our intellectual property and copyrights by reproducing Lobak Merah contents without any prior written consent from the media owner. This case will be escalated into a legal action should the content remains on this site.

Sejak hujung tahun lalu, ramai sudah tahu tentang kisah pelakon Izreen Azminda dituduh menjadi perampas kerana mengahwini suami orang bergelar Ude dalam diam. Berikutan kes itu, ramai bersimpati dengan nasib Intan Liana, isteri pertama Ude yang tiba-tiba telah dimadukan.

Walaupun redha dengan nasib yang menimpa dan sanggup bermadu kerana masih sayangkan suaminya, Ude pula dianggap tidak berhati perut dan mahu berpisah kerana telah memfailkan cerai kepada Intan Liana selain mengaku sudah tiada hati untuk bersama, lapor Harian Metro.

Sumber: Berita Harian

Tanggal 1 Mac sepatutnya menjadi tarikh paling bermakna dalam hidup Intan kerana semalam rupa-rupanya ulangtahun perkahwinannya dengan Ude. Bukan setahun dua, perkahwinan mereka dah masuk lima tahun pada 1 Mac 2018. Pun begitu, hari yang sepatutnya paling bahagia bertukar jadi hari yang paling duka apabila Intan menerima berita akan diceraikan suaminya.

Tidak lupa akan tarikh keramat dalam hidupnya, Intan memuat naik instastory gambar throwback perkahwinannya dengan Ude. Gambar tersebut juga diletakkan kata-kata sedih tentang menyayangi seseorang dan kehilangan.

Sumber: Instagram

“Aku pernah sayang orang sepenuh hati… Sampai aku rasa hati aku mati kehilangan dia… Sedih tu datang dari hati bukan dari muka… luar nampak happy tapi dalam hanya Tuhan saja yang tahu.. Jika Allah tidak mengizinkan kita bersatu dengan orang yang kita cinta… Semoga Allah satukan kita dengan orang yang mencintai kita… #happy5thanniversary”

Dipuji kerena ketabahan yang dimiliki, Instagram Intan dihujani kata-kata sokongan daripada orang ramai yang mengikuti perkembangan mereka. Ada juga yang mendoakan semoga Intan bertemu dengan lelaki yang lebih layak menerimanya dan semoga dia dipertemukan dengan jodoh yang lebih baik.

Sumber: Instagram

Semoga Intan terus sabar hadapi ujian ni…

Baca: Akibat Pilih Untuk Bermadu, Izreen Azminda Dapat Kritikan Hebat Daripada Peminat

The post Sambut Ulangtahun Perkahwinan Dengan Berita Penceraian, Intan Liana Throwback Gambar Kahwin Dengan Ude appeared first on Lobak Merah. By continuing publishing our materials, you have knowingly infringed our intellectual property and copyrights by reproducing Lobak Merah contents without any prior written consent from the media owner. This case will be escalated into a legal action should the content remains on this site.

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *