Sajat Bakal Keluar Dengan Single Baru, ‘Makhluk Penggoda’. Teaser Dah Keluar!

The post Sajat Bakal Keluar Dengan Single Baru, ‘Makhluk Penggoda’. Teaser Dah Keluar! appeared first on Lobak Merah. By continuing publishing our materials, you have knowingly infringed our intellectual property and copyrights by reproducing Lobak Merah contents without any prior written consent from the media owner. This case will be escalated into a legal action should the content remains on this site.

Bukan menyanyi je, Sajat pun pernah berlakon jugak masa tahun 2014 dalam cerita berjudul Ophilia. Menurut Harian Metro, Sajat memaklumkan bahawa dia ada terima satu lagi tawaran berlakon baru-baru ni. Meskipun dapat tawaran untuk digandingkan dalam filem dengan Awie, Sajat menolak berlakon filem itu kerana ada komitmen lain.

Sumber: Instagram

“Watak dalam filem berjudul Operasi X itu ialah sebagai wanita yang menjadi pembantu kepada watak lakonan Awie.”

Tidak menyesal tolak tawaran itu, Sajat yakin akan ada rezeki lain lagi di masa akan datang. Menurutnya, dia tidak mahu orang ramai muak kerana kerap kali menjadi bualan hangat serta dituduh sengaja mahu cari publisiti dan kejar glamour pulak.

“Bukanlah tidak menyesal atau apa, tetapi saya anggap ini bukan rezeki. Insya-Allah, kalau ada tawaran lakonan lain selepas ini, saya akan terima.”

Sumber: Instagram

“Kalau betul-betul saya mengejar glamor dan populariti, baik saya betul-betul buat waktu zaman berlakon Ophilia lagi, tapi saya bukan jenis begitu.”

Tak menghampakan peminat yang mungkin tertunggu-tunggu bila lagi usahawan kosmetik ini mahu keluar di kaca televisyen, Sajat mengumumkan bahawa dia juga ada single terbaru bertajuk Makhluk Penggoda yang belum release lagi. Wow!

“Alhamdulillah, sekarang, saya sudah siapkan teaser untuk mempromosikan single itu. Insha Allah, jika semuanya berjalan lancar, ia akan dilancarkan bulan ini atau April nanti.”

Sumber: Instagram

Bukan saja akan keluar dengan single terbaru yang mungkin boleh dapat jutaan tontonan macam Abang Nak Tegur jugak, Sajat juga rupa-rupanya muncul dalam program realiti berjudul Nur Sajat Rated Xtra yang ditayang di Tonton since 28 Februari lagi.

Fuh tak sabar pulak rasanya nak dengar single terbaru Sajat ni!

Baca: JAKIM ‘Dihalang’ Buat Pengesahan Jantina Kerana Sajat Enggan Beri Kerjasama

The post Sajat Bakal Keluar Dengan Single Baru, ‘Makhluk Penggoda’. Teaser Dah Keluar! appeared first on Lobak Merah. By continuing publishing our materials, you have knowingly infringed our intellectual property and copyrights by reproducing Lobak Merah contents without any prior written consent from the media owner. This case will be escalated into a legal action should the content remains on this site.

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *