7 Jenis Driver Biadap Yang Selalu Buat Kita Sakit Hati

The post 7 Jenis Driver Biadap Yang Selalu Buat Kita Sakit Hati appeared first on Lobak Merah. By continuing publishing our materials, you have knowingly infringed our intellectual property and copyrights by reproducing Lobak Merah contents without any prior written consent from the media owner. This case will be escalated into a legal action should the content remains on this site.

Memandu di Malaysia ni banyak cabarannya. Sebagai pemandu, faham-faham jelah ada segelintir pemandu dalam negara kita ni yang boleh kata agak biadap dan memang buat kita sakit hati. Mana tidaknya, bila kita dah drive elok-elok penuh berhemah tiba-tiba datang pemandu mentaliti kelas ketiga ni, memang boleh naik angin satu badan beb!

Ini jenis-jenis pemandu biadap yang selalu buat kita sakit hati masa tengah drive:

 

1. Langgar lari

Pemandu yang macam ni tak kisahlah terlanggar apa pun, dia buat dek je dan terus drive macam takde apa-apa berlaku. Kereta kita dah tercalar ke, ada manusia dah jatuh masuk longkang ke, dia tak kisah semua benda tu, yang dia tahu cuma teruskan drive,  jangan berhenti. Kalau tak menyusahkan orang tu takpe, tapi kalau orang yang dilanggar tu cedera teruk atau maut macam mana?

 

2. Tak bagi signal

Ni boleh kata kelakuan biadap paling popular kat Malaysia. Bila nak keluar atau masuk simpang, jenis pemandu yang satu ni tak pernah nak bagi signal. Walaupun signal tu percuma, dia buat macam kena bayar ratus-ratus kalau bagi signal time nak membelok ke kanan or ke kiri. Kita tunggu punya tunggu, last-last dia belok masuk simpang ataupun tiba-tiba ubah laluan.

Sumber: Giphy

 

3. Kedekut bagi jalan walaupun kita dah bagi signal

Kalau yang tiba-tiba belok masuk simpang tak bagi signal tu memang boleh bikin hati kita panas je menengoknya, ni ada satu lagi jenis pemandu yang boleh buat kita rasa nak sumpah seranah. Which is jenis pemandu yang tak bertimbang rasa, kita dah bagi signal pun dia buat tak tahu je. Kedekut betul nak bagi jalan kat orang lain, padahal kita dah mintak elok-elok.

 

4. Suka cucuk bila drive

Jenis driver yang suka main cucuk-cucuk kenderaan lain ni ada dua sebab. Satu, mungkin sebab pemandu yang sorang lagi tu lambat sangat so dia macam ala-ala kasi hint la sikit kat orang depan tu supaya cepat sikit atau bagi laluan kat dia. Kedua, dorang tu maybe spesis pembuli jalan raya yang saja je nak kenakan korang.

Sumber: Blog

 

5. Potong queue dekat simpang atau tol

Kita dah berapa lama stay in that same lane sebab kita faham semua orang tengah kalut, semua nak cepat sampai ke destinasi. Masing-masing faham dan semua cuba jadi pemandu berhemah drive kereta elok-elok. Tiba-tiba datang driver yang satu ni suka hati dia je nak potong queue time kat simpang atau tol, macam jalan raya tu datuk dia punya.

Gambar hiasan

 

6. Block jalan

Disebabkan semua orang nak cepat dan terburu-buru bila stuck dalam traffic, wujudlah sejenis pemandu ni yang keluar dari lane dia dan kononnya cuba nak larikan diri daripada traffic jam tapi end up block jalan dan menyebabkan jalan tu bertambah-tambahlah jam daripada sebelumnya. Mohon jangan la buat perangai macam ni supaya tak susahkan orang lain dan diri sendiri.

Gambar hiasan

 

7. Guna laluan kecemasan

Jenis yang guna laluan kecemasan ni alasan dia selalunya sebab nak cepat. Bila nampak jalan sesak, mulalah dia pasang lampu kecemasan dan ikut laluan yang tak sepatutnya. Tiba-tiba ambulans nak guna laluan tu tapi tak boleh sebab kereta kau dah kat situ, habis menyusahkan semua orang sebab semua tak boleh nak gerak ke mana-mana.

Sumber: The Malaysian Times

Macam-macam jenis pemandu kat Malaysia ni ye. Korang jangan jadi macam ni tau!

Baca: 9 Tips Menyelamatkan Kereta Daripada Rosak Ditenggelami Air Ketika Bencana Banjir

The post 7 Jenis Driver Biadap Yang Selalu Buat Kita Sakit Hati appeared first on Lobak Merah. By continuing publishing our materials, you have knowingly infringed our intellectual property and copyrights by reproducing Lobak Merah contents without any prior written consent from the media owner. This case will be escalated into a legal action should the content remains on this site.

Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *